Friday, February 28, 2014

Strategi Untuk Mencegah Kecederaan Dan Kemalangan Di Ladang


  • Mengenalpasti  bahaya (hazard) dan langkah kawalan bahaya (hazard) di ladang.

  • Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk mengenalpasti hazard dan langkah kawalan bahaya (hazard) di ladang seterusnya mencegah kejadian kecederaan dan kemalangan pekerjaan. Program ini perlu dianjurkan oleh pihak majikan bersama dengan ketua pekerja dan semua maklumat perlu direkodkan untuk keperluan di masa akan datang

  • Kempen kesedaran untuk mencegah kecederaan dan kemalangan. Menjalankan promosi untuk mencegah kecederaan dan kemalangan pekerjaan yang dianjurkan oleh pihak majikan bersama pekerja dengan mengedarkan risalah kepada pekerja, menampal poster dan membuat banner atau kain rentang di kawasan tempat bekerja.

  • Menjalankan latihan untuk mencegah kecederaan dan kemalangan . Merencanakan dan menjalankan program latihan, kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh majikan berkenaan bahaya dan risiko di tempat kerja. Sasaran peserta ialah semua lapisan pekerja dan perlu dilaksanakan secara berterusan.

  • Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk mengurangkan risiko. Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk mencegah kecederaan dan kemalangan pekerja serta mengawal risiko dan mengambil tindakan pencegahan. Program ini perlu dianjurkan oleh pihak majikan bersama dengan ketua pekerja dan semua maklumat perlu didedahkan kepada pekerja. Maklumat perlu direkodkan untuk keperluan di masa akan datang.

  • Mengujudkan Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Berdasarkan kepada keperluan dan peruntukan dalam Akta OSHA 1994, program ini perlu dianjurkan oleh pihak majikan bersama pekerja untuk memeriksa dan melaporkan kecederaan dan kemalangan pekerjaan serta mengawal risiko dan mengambil tindakan pencegahan.

  • Penguatkuasaan undang-undang Akta, undang-undang dan peraturan adalah satu langkah kawalan untuk memastikan pekerja selamat sebelum, semasa dan selepas bekerja. Peruntukan akta, undang-undang dan peraturan adalah untuk digunapakai dalam program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam organisasi. Akta yang lazim digunakan ialah OSHA 1994, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Pesticide 1974 dan lain-lain.

  • Penilaian kepada matlamat yang ditetapkan. Penilaian untuk setiap sesi program perlu dijalankan oleh pihak majikan bersama dengan pekerja dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk memastikan setiap matlamat dapat dicapai dan juga sebagai panduan untuk tindakan pembetulan sekiranya program didapati gagal dimanfaatkan.

No comments:

Post a Comment