Monday, March 3, 2014

Kesimpulan Dasar Kerajaan Malaysia Untuk Sektor Pertanian

      Selaras dengan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan pertanian dan penggunaan teknologi hijau dalam pelbagai aktiviti, syarikat RRAS BAKTI (M) SDN BHD telah menghasilkan produk yang bercirikan mesra alam dan bebas dari racun dan bahan kimia berbahaya yang menepati ciri-ciri Pertanian Lestari yang bersifat semula jadi. Melalui aspirasi Dasar Teknologi Hijau Negara jelas telah menekankan tentang kerajaan ingin menyelaras pertumbuhan industri teknologi hijau dan meningkatkan industri pertanian untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara. Selain itu Dasar Teknologi Hijau Negara juga menekankan tentang meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam tekologi hijau di persada antarabangsa.


      Jesteru itu, syarikat RRAS BAKTI (M) SDN BHD telah menyahut seruan kerajaan dengan mengeluarkan produk yang bercirikan teknologi hijau dan mesra alam. Dengan penggunaan produk tersebut, secara tidak langsung telah dapat membantu meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap kepentingan menjaga persekitaran alam yang mesra dan selamat serta menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau di dalam industri pertanian.


      Selain dari itu, produk yang dihasilkan oleh syarikat RRAS BAKTI (M) SDN BHD juga boleh digunakan dalam urusan ladang  pertanian yang berprinsipkan Amalan Pertanian Baik (GAP), iaitu ia mampu membantu meningkatkan hasil pertanian yang berkualiti, selamat, dan sesuai di makan dan memenuhi ciri-ciri keselamatan serta piawaian antarabangsa dan pada masa yang sama tidak menjejaskan alam sekitar.


      Jika dilihat dari segi keselamatan dan kesihatan  pekerja, produk yang dihasilkan oleh syarikat RRAS BAKTI (M) SDN BHD tidak memudaratkan para pekerja ladang yang sering terdedah dengan risiko terutamanya penggunaan racun kimia semasa penyelenggaraan pokok seperti merumpai, membaja dan kawalan makhluk perosak. Para majikan hendaklah mematuhi akta atau undang-undang yang telah ditetapkan iaitu OSHA 1994, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Pesticide 1974 bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini pada masa hadapan yang boleh mendatangkan masalah kepada kedua-dua belah pihak.

  
      Oleh yang demikian, Produk cecair Bio-Organik Basal 2000®  spesifikasi ini sejajar dan mematuhi akta-akta tersebut. Dalam memperkenalkan dan memasarkan produk yang berkonsep serta berteraskan dasar kerajaan, maka syarikat RRAS BAKTI (M) SDN BHD telah mencipta keistimewaan yang terdapat pada produk mereka. Produk cecair bio-organik BASAL 2000® merupakan produk cecair bio-organik yang unik tanpa menggunakan unsur racun dan kimia yang merbahaya. Malah dengan penggunaan satu produk cecair bio-organik BASAL 2000® sahaja mampu menjimatkan masa, tenaga kerja serta kos pembajaan dan penyelenggaraan kerana ia mengandungi tiga fungsi dalam satu masa iaitu membaja, mengawal rumpai (meracun) dan menyuburkan tanah.


      Walaupun terdapat persaingan dari produk sedia ada yang lain di pasaran namun produk tersebut adalah berlainan sama sekali dengan produk cecair bio-organik BASAL 2000® keluaran kami kerana produk cecair bio-organik BASAL 2000® adalah satu-satunya produk yang berada di pasaran dunia berkonsepkan fungsi ganda iaitu membaja, merawat tanah dan mengawal rumpai tanpa menggunakan bahan aktif (racun)


      Ini telah menepati dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam Dasar Pertanian Negara Ketika (DPN 3) yang berteraskan teknologi hijau dan mesra alam. Bagi menjadikan produk kami lebih mendapat perhatian dalam pasaran, syarikat RRAS BAKTI (M) SDN BHD telah melaksanakan beberapa insiatif bagi memasti kedudukan pasaran yang dipilih adalah bersesuaian dengan produk kami. Antara, produk cecair bio-organik BASAL 2000® telah dihantar ke Pusat Racun Negara bagi membuktikan bahawa produk kami tidak mengandungi unsur-unsur racun dan bahan kimia yang berbahaya.


      Malah produk cecair bio-organik BASAL 2000® turut dijamin tidak berbahaya kepada manusia, haiwan dan tanaman serta bersifat mesra alam. Ini menunjukkan bahawa kami yakin terhadap produk keluaran kami yang tidak memberi  sebarang kesan sampingan kepada tekstur dan struktur tanah, akar rambut, dan tanaman itu sendiri jika dibandingkan dengan penggunaan racun sedia ada yang terdapat dipasaran. Bagi tujuan ini syarikat RRAS BAKTI (M) SDN BHD telah merujukkan produk ini ke Melaka Biotech Holdings SDN BHD yang mana laporan makmalnya jelas membuktikan produk BASAL 2000® mengandungi unsur-unsur mikrob iaitu Loctobacillus spp dan bebas dari mengandungi bakteria jahat (patogen) iaitu Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Salmonella, Pseudomonas aeruginosa.

Sunday, March 2, 2014

Dasar Pertanian Lestari (SUSTAINABLE AGRICULTURE)

      Pertanian antara salah satu pekerjaan yang telah lama dilakukan di seluruh dunia bagi mendapatkan bekalan makanan. Jika dahulu, pertanian dijalankan satu bisnes atau perniagaan. Justeru, bagi memperoleh hasil yang tinggi sebagai ladang komersial pelbagai bahan kimia seperti baja dan racun serangga digunakan.

      Jika dibanding dengan ladang kovensional yang hasilnya untuk makan sendiri, semua baja yang digunakan adalah terhad manakala racun serangga mungkin tidak digunakan langsung. Penggunaan racun dan baja kimia yang berleluasa mula menimbulkan kesan sampingan selepas 40 hingga 50 tahun terutama kesannya terhadap alam sekitar.

      Kajian juga mendapati sisa racun dan bahan kimia dapat dikesan dalam makanan yang diambil setiap hari. Disamping itu, penggunaan racun berleluasa menyebabkan populasi serangga perosak bertambah tinggi kerana rintang atau imun terhadap racun yang diberikan selain memusnahkan serangga yang baik dan biasanya berguna sebagai agen polinasi (pendebungaan).

      Berbanding dengan dulu, kini penyakit pokok semakin bertambah setiap hari dengan input pertanian yang perlu ditambah. Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Abd Jamil Zakaria berkata bagi menyaingi masalah berkenaan, petani perlu beralih ke arah pertanian lestari.

     Pertanian lestari merupakan satu konsep pertanian mapan yang tidak mencemarkan alam sekitar. Produk pertanian lestari adalah selamat dimakan, mengurangkan pencemaran alam sekitar selain menstabilkan pendapatan petani. Peralihan daripada pertanian konvensional kepada pertanian lestari mempunyai banyak kelebihan. Selain menyumbangkan kepada pencemaran, pertanian konvensionaljuga membebaskan gas rumah hijau - karbon dioksida, metana dan nitros oksida yang menyebabkan pemanasan global. Penggunaan baja nitrogen secara berterusan menghasilkan nitros oksida sebagai hasil sampingan.

      Walaupun sektor pertanian di negara ini hanya menyumbang 10 hingga 15 peratus gas rumah hijau berbanding sektor perindustrian tetapi jika diuruskan dengan baik akan dapat memperlahankan proses pemanasan global. Dalam semua keadaan terdapat unsur karbon yang menghasilkan gas rumah hijau. Oleh itu bagi karbon perlu diselamatkan daripada bebas ke udara dan jika karbon di dalam bumi, suhu dijangka akan stabil.

      Persidangan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai persidangan mengenai pemanasan global serta kesan-kesannya dalam jaminan makanan, sosial dan ekonomi. Satu cara bagi mengatasi masalah pembebasan gas rumah hijau dan pemanasan global adalah pertanian lestari. Pertanian lestari banyak bergantung kepada bahan semulajadi menggunakan flora dan fauna yang terdapat dalam tanah. Misalnya bagi mendapatkan unsur nitrogen dalam baja, gunakan mikrob yang mampu mengambil nitrogen dari udara untuk pindahkan ke pokok.

      Biasanya dalam pertanian lestari, tanah akan subur apabila terdapat banyak karbon di dalamnya. Pertanian lestari menggunakan bahan kimia yang minimum dan tidak merosakkan alam sekitar.

      Contoh pertanian lestari adalah pertanian organik dan pertanian semulajadi. Kedua-dua pertanian ini menggunakan sumber semula jadi seperti baja organik, arang daripada kayu bagi menambahkan unsur karbon dalam tanah daripada satu kepada empat peratus. Apa yang tidak ramai ketahui, hujung rerambut akar mengeluarkan karbon bagi menggalakkan pertumbuhan mikrob.

      Manakala pokok yang sihat akan mengeluarkan cairan dari hujung akar bagi menggalakkan pertumbuhan mikrob jadi jika racun atau baja kimia digunakan ia akan mengganggu kitaran flora dan fauna.

      Dalam pertanian lestari, nutrien dalam pokok akan berada dalam keseimbangan dan mengurangkan serangan serangga. Terdapat teori yang mengatakan serangga kurang menyerang pokok yang mempunyai keseimbangan semula jadi. Bila menggunakan banyak racun perosak, mikrob pada pokok akan mati dan memudahkan serangan serangga dan penyakit. Kini permintaan terhadap makanan organik dan semula jadi bertambah tinggi dengan kesedaran terdapat pelbagai penyakit seperti kanser. 

Saturday, March 1, 2014

Akta Atau Undang-Undang Yang Dapat Mencegah Dan Mengawal Kemalangan, Kecederaan, Dan Penyakit

Undang-undang atau peraturan ialah langkah kawalan. Oleh itu, pihak pengurusan hendaklah fasih dengan tujuan asas bagi setiap peruntukan dalam akta dan pindaan yang dibuat selepas itu. Undang-undang kadang kala mempunyai kesan bertentangan adalah rumit untuk menguatkuasakan undang-undang, ia memerlukan kakitangan terlatih, dimaklumkan dengan baik dan diuruskan dengan baik. Ini penting untuk fasih dengan peruntukan akta untuk menggunapakai program keselamatan dan kesihatan dalam organisasi.


     Akta atau undang-undang boleh melindungi pekerja ketika bekerja terhadap risiko keselamatan dan kesihatan yang timbul dari aktiviti pekerja ketika bekerja. Ianya juga merupakan sistem regulasi dan kod amalan industri yang sah. Akta dan undang-undang direka untuk menjaga atau meningkatkan piawaian keselamatan dan kesihatan.

Undang-undang yang terlibat adalah :


  1. Akta Keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 (OSHA)
  2. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
  3. Akta Racun Makhluk  1974

Bahaya (HAZARD) Yang Biasa Terhadap Di Ladang

Hazard atau bahaya adalah sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan kemudaratan atau kecederaan kepada manusia, harta benda dan alam sekitar. Risiko adalah kebarangkalian untuk kecederaan berlaku dan keterukan akibatnya adalah hasil pendedahan kepada hazard. Jenis hazard, kecederaan dan kemalangan di ladang secara biologi.


  • Makroorganisma - Serangan ular, babi hutan, tebuan, penyengat, lembu, anjing liar, atau serangga yang membawa penyakit.

  • Mikroorganisma - Virus dan bakteria seperti H1N1, JE, Nipah, Hepatitis B, Malaria, Denggi dan HIV.

  • Kimia - Pencemaran penyumburan ketika kerja penyemburan sebenar dijalankan. Mata terkena racun perosak atau bahan kimia. Minum dari laluan air yang tercemar. Tangan luka dan mengelupas, terkena baja dari bahan kimia, contoh baja berunsur nitrogen. Tempoh masa kerja meracun dijalankan.

  • Ergonomik - Mengangkat bebanan yang terlalu berat seperti kerja memunggah baja dan buah sawit ke lori. Teknik bekerja yang salah seperti posisi yang ganjil atau tidak selesa yang menyebabkan regangan pada bahagian otot yang menyebabkan kesakitan untuk jangkamasa panjang. Jarak berdiri antara pokok terlalu dekat iaitu kurang 6 kaki Penggunaan Computer dalam tempoh yang lain.

  • Fizikal - Terhempap bebanan, patah tangan cedera/luka terkena parang, sabit kemalangan kenderaan di ladang. Jatuh tersangkut semasa berjalan. Tertusuk duri pelepah sawit yang tajam, pendedahan kepada habuk, debunga, spora dan kulat tumbuhan.

  • Psikologi - Gangguan seksual, pencabulan, penagihan dadah dan arak, pekerja bermasalah, penderaan fizikal dan perkara yang mendatangkan bahaya kepada pekerja.

  • Persekitaran - Cuaca panas terik, hujan lebat dan ribut petir, tanah runtuh, banjir, pencemaran bahan kimia dan bahan buangan sisa kimia.