Thursday, February 27, 2014

Dasar Bioteknologi Malaysia

      Dasar Bioteknologi Malaysia  (DBN) telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 28 April 2005, sempena Persidangan BioMalaysia 2005, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). DBN  merupakan satu Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) yang mengambil tempoh selama 15 tahun untuk dilaksanakan dalam 3 fasa seiring dengan matlamat Wawasan 2020.


     Fokus utama DBN menjurus kepada 3 aspek pengkhususan utama iaitu bioteknologi pertanian, penjagaan kesihatan dan perindustrian. Menjelang tahun 2020, industri ini dijangka menjana sebanyak RM 270 bilion dalam bentuk hasil, mewujudkan lebih 280, 000 pekerjaan dan membangunkan lebih 100 buah syarikat.



  • Fasa Pertama (2005 - 2010) - Membina Kapasiti
          Membina upaya yang meliputi pendidikan dan latihan pekerja berpengetahuan, membangunkan harta 
          intelek dan kerangka perundangan, membangunkan jenama Malaysia serta membangunkan industri 
          dan mewujudkan pekerjaan.

  • Fasa Kedua (2011 - 2015) - Sains Ke Perniagaan
          Membina kepakaran dalam penemuan ubat-ubatan dan pembangunan berasaskan sumber asli, 
          pembangunan produk baru, promosi pelaburan, memperkukuhkan Penjenamaan Malaysia,
          membangunkan keupayaan dalam pelesenan teknologi serta mencipta pekerjaan berasaskan 
          pengetahuan.

  • Fasa Ketiga (2016 - 2020) - Kehadiran di Peringkat Global
         Meningkatkan kekuatan dan keupayaan dalam pembangunan teknologi, kepakaran, ubat-ubatan, 
         inovasi dan perlesenan teknologi serta mempromosikan Syarikat-syarikat Malaysia Bertaraf Global.

No comments:

Post a Comment