Thursday, February 27, 2014

Dasar Kerajaan Malaysia Untuk Sektor Pertanian

Pengenalan Dasar Kerajaan Malaysia Untuk Sektor Pertanian


            Sektor pertanian menyumbang RM 18,662 juta pada tahun 2000, meningkat kepada RM 21,585 juta pada tahun 2005 dan disasarkan terus meningkat kepada RM 27,518 juta pada tahun 2010. Selaras dengan aspirasi Dasar Pertanian Negara (DPN), maka tumpuan kepada mempelbagai, memperluas dan mengintegrasi input sains dan teknologi untuk mengarah kepada sektor pengeluaran pertanian telah menjadi lebih moden, komersial dan mampan.

       
           Pendekatan ini menjadi objektif utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN 3) melalui konsep pertanian bersepadu yang berteknologi tinggi yang akan mengoptimumkan penggunaan sumber dan memaksimumkan kualiti hasil serta pengenalan mekanisasi dan pengautomatan di semua peringkat pengeluaran pertanian dilaksanakan.


           Secara spesifiknya, dasar atau objektif utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN 3) adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan negara, meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor makanan, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memelihara serta menggunakan sumber-sumber asli secara mampan.

No comments:

Post a Comment