Thursday, February 27, 2014

Dasar Teknologi Hijau Negara

Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur-unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial seperti yang digariskan oleh lima objektif pembentukan dasar ini iaitu :-


  • Untuk menyelaraskan pertumbuhan industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangan teknologi hijau terhadap ekonomi negara;
  • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbungannya kepada ekonomi negara;
  • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabangsa.
  • Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
  • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesabaran awam terhadap teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau.


Lima Langkah Bagi Menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara Telah Dikenal pasti iaitu :-

  • Mengukuhkan rangka kerja institusi, khusunya yang membabitkan peringkat menteri.
  • Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau.
  • Menggiatkan pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan dengan menyediakan pakej kewangan serta insentif kepada pelajar untuk mengambil subjek yang mempunyai kaitan dengan teknologi hijau.
  • Menggalakkan penyelidikan dan inovasi teknologi hijau menerusi pengkomersialan.
  • Meneruskan usaha mempromosikan dan meningkatkan kesedaran awam terhadap teknologi hijau.

Dasar Teknologi Hijau Negara ini dibentuk berasaskan kepada empat tonggak iaitu :-

  • Tenaga : Mencari ketidak bergantung tenaga dan mempromosi kecekapan tenaga
  • Alam Sekitar : Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.
  • Ekonomi : Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.
  • Sosial : Meningkatkan kualiti hidup rakyat.

No comments:

Post a Comment