Tuesday, December 31, 2013

Lansdskap & Bunga-Bungaan




Padi






Getah



Kelapa Sawit














PRODUK BIO-ORGANIK BASAL 2000 SESUAI DIGUNAKAN UNTUK KERJA-KERJA MERAWAT LOGI AIR : INDAH WATER KONSORTIUM (IWK)

1. Dari maklumat yang di perolehi, sebelum ini pihak Indah Water    Konsortium (IWK) menghadapi masalah dengan sejenis tumbuhan yang dipanggil "duck-weed“

2. Tumbuhan yang meliar itu telah menyumbang kepada gangguan sistem rawatan yang mana boleh menyebabkan air kumbahan menjadi septic, effluen dan berbau busuk.

3. Keadaan ini mencacatkan pemandangan dan kebersihan di sekitar kolam tersebut.

4. Ujian pemerhatian bagi produk Bio-organik BASAL 2000® telah dibuat di loji kumbahan Indah Water Konsortium, Taman Cheng Utama Fasa 1, Daerah Melaka Tengah, Melaka pada tanggal 18 September 2002.

5. Ujian tersebut adalah bertujuan untuk menganalisa serta menentukan kandungan BASAL 2000® dan menilai kesan penggunaanya ke atas alam sekitar di samping ianya dapat menghapuskan "duck-weed“ / rumput rumpai.










KEBERKESANAN PRODUK BIO ORGANIK BASAL 2000® MEMBANTU BERTINDAK SEBAGAI EJEN KAWALAN RUMPAI







Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian


  • Hendaklah disemburkan hanya pada permukaan tanah, batang dan sekeliling pokok sahaja.

  • Jangan disemburkan pada daun atau batang tanaman yang berwarna hijau. 

  • Untuk kesan yang lebih baik, kerja penyemburan hendaklah dibuat sewaktu cuaca panas dan memerlukan sekurang-kurangnya 4-5 jam kepanasan matahari sebelum dibasahi hujan.

  • Gunakan nozel yang kasar supaya ia menjadi cukup basah dan terkena pada semua bahagian rumpai.

  • Lakukan penyemburan secara seragam dan rata.

  • Walaupun BASAL 2000® bukan dikategorikan racun rumpai tetapi sebagai langkah-langkah keselamatan adalah lebih baik menggunakan alat penutup hidung, mata dan mulut semasa kerja-kerja penyemburan dijalankan.

  • Jauhi daripada kanak-kanak dan bukan untuk diminum.

Monday, December 30, 2013

Panduan Penggunaan Basal 2000®


  1. Perlu digoncangkan terlebih dahulu dan dicampurkan dengan air.( Kadar dosis yang digunakan hendaklah berdasarkan kepada jenis tananam dan peringkat pertumbuhan tanaman tersebut).
  2. Untuk kesan kawalan rumpai, penyuburan tanaman dan rawatan tanah yang lebih baik, pengguna disyorkan mencampurkan BASAL 2000® tidak kurang dari 400ml - 600 ml bagi setiap 18 liter air.
  3. Air yang hendak digunakan boleh terdiri dari semua jenis air yang tidak tercemar atau bercampur dengan unsur-unsur lain.
  4. Basal 2000® yang telah dicampurkan dengan air boleh digunakan dengan sebarang bekas sama ada tong penyembur bermesin biasa, pam penyembur bermesin seperti mix blower, power sprayer atau lain-lain sistem penyemburan yang seumpamanya.




Friday, December 27, 2013

Kelebihan Produk Basal 2000®

1.Membantu menjimatkan masa, tenaga kerja serta kos pembajaan dan kos penyelenggaraan tanaman lebih 50 peratus

2.Membantu meningkatkan lebih 30 peratus hasil tanaman.

3.Amat digalakkan penggunaannya semasa kerja-kerja penyediaan tanah dan sesuai untuk semua jenis tanaman dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa sama ada tanaman sedang berbunga, berputik atau berbuah.

4.Membantu menyubur dan menggemburkan tanah  serta memperbaiki pH tanah tanpa merosakkan akar rambut tanaman dan struktur serta tekstur tanah.  

5. Tidak mengandungi bahan aktif, bahan lengai dan lain-lain  unsur racun atau kimia berbahaya.

6. Bersifat mesra alam sekitar iaitu tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan atau kemudaratan ke atas tanaman, haiwan juga manusia.

7. Berinovatif dan bercirikan bio-teknologi pertanian.

8. Tidak membeku dan boleh di simpan lama. (Bertutup)

Thursday, December 26, 2013

Kehebatan Basal 2000®

MEMPUNYAI  3 KEHEBATAN
DALAM 1 PENGGUNAAN


1.  MENGERING & MELEMAHKAN PERTUMBUHAN RUMPAI
  • Sumber organik N yang menjurus kepada “mode of action” iaitu mampu melemahkan pertumbuhan bagi kebanyakkan jenis rumpai sama ada jenis rumput, rusiga, daun lebar, pakis dan lain-lainnya dengan cukup berkesan tanpa menggunakan bahan aktif, bahan lengai dan juga lain-lain unsur racun serta kimia merbahaya.
  • Bertindak balas secaraplasmolysis”. Proses ini merupakan suatu kaedah di mana apabila BASAL 2000® diaplikasikan kepada rumpai atau tumbuhan yang berdaun hijau, ia menyebabkan berlakunya pergerakkan air secara “osmosis”, maka air yang terkandung didalamnya akan ditarik dan disedut keluar dari dalam sel ke bahagian luar sel. 
  • Seterusnya, sel “membrane” bagi tumbuhan tersebut akan mengecut dari dindingnya dan lama-kelamaan dengan ketiadaan air ia akan melemahkan fungsi klorofil, serta menjadikannya kekuningan serta kekeringan.
  • Bersifat “anti-green”.

2.  MEMBEKALKAN NUTRIEN / MENYUBURKAN TANAMAN
  • Ia di hasilkan dari bahan bio organik dan bukan organik yang mengandungi unsur makro iaitu organik N, P, K + EM juga  unsur-unsur mikro iaitu Ca, Zn, Bo, Cu, Fe, Mg, Mn dansebagai sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang bagi tujuan membantu menyuburkan tanaman.
3.  MEMELIHARA & MEMULIHARA  pH, STRUKTUR & TEKSTUR TANAH

  • BASAL 2000® juga mengandungi efektif mikrob dan elemen pengapuran (lime) beserta dengan Magnesium untuk membantu memperbaiki pH, struktur dan tekstur tanah, meningkatkan kesuburan tanah, menghasilkan vitamin dan tonik yang berkhasiat untuk tanaman dengan merangsang akar terutama akar rambut untuk meresap sumber galian dan pemakanan yang sesuai untuk pertumbuhan tanaman.

  • Mengaktifkan elemen fauna di dalam tanah seperti meningkatkan pengudaraan dan mengiatkan penghidupan cacing secara biologikal sehingga mewujudkan banyak tahi cacing dipermukaan tanah. 

Tuesday, December 24, 2013

BASAL 2000®


  • Basal 2000® adalah pelengkap industri pertanian masa kini yang komprehensif mudah digunakan, sangat praktikal kepada peladang atau pengguna, menjimatkan masa sekaligus mengurangkan kos penyelenggaraan tanaman yang sangat "kritikal" untuk "berdaya saing" dalam industri pertanian yang sangat mencabar pada hari ini.

  • Basal 2000® adalah satu-satunya produk terunggul dan pertama dipasaran, ianya amat sesuai dan berkesan untuk dijadikan sebagai media kawalan alternatif kepada racun rumpai kerana bersifat mesra alam.





Monday, December 23, 2013

RRAS BAKTI (M) SDN BHD

AHLI LEMBAGA PENGARAH




CARTA ORGANISASI SYARIKAT


RRAS BAKTI (M) SDN BHD



TEMA SYARIKAT 

  • BINALAH KECEMERLANGAN PERTANIAN BERSAMA KAMI

SLOGAN 

  • SILA CUBA JAWAPAN PADA ANDA

OBJEKTIF

  1. Menjadi peneraju utama dalam mentransformasikan Industri Pertanian kearah mesra alam dan Teknologi Hijau.
  2. Meningkatkan pendidikan, pengetahuan dan kesedaran awam terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan persekitaran alam yang mesra dan selamat serta menggalakkan penggunaan meluas bio organik di dalam industri pertanian.
  3. Meningkatkan hasil pengeluaran dan kualiti tanaman dengan meminumkan kos penyelenggaraan.

VISI & MISI SYARIKAT


MATLAMAT JANGKA PENDEK

  • Mengukuhkan operasi syarikat dari segi pengurusan, pengeluaran, promosi dan pemasaran.
MATLAMAT JANGKA SEDERHANA

  • Mengiatkan aktivit pengeluaran, promosi dan pemasaran serta memperkembangkan syarikat agar lebih maju dan berdaya saing.
MATLAMAT JANGKA PANJANG

  • Dapat menguasai pasaran produk pertanian yang berteraskan Bio Organik di Malaysia dan negara-negara pertanian yang lain.