Thursday, December 26, 2013

Kehebatan Basal 2000®

MEMPUNYAI  3 KEHEBATAN
DALAM 1 PENGGUNAAN


1.  MENGERING & MELEMAHKAN PERTUMBUHAN RUMPAI
  • Sumber organik N yang menjurus kepada “mode of action” iaitu mampu melemahkan pertumbuhan bagi kebanyakkan jenis rumpai sama ada jenis rumput, rusiga, daun lebar, pakis dan lain-lainnya dengan cukup berkesan tanpa menggunakan bahan aktif, bahan lengai dan juga lain-lain unsur racun serta kimia merbahaya.
  • Bertindak balas secaraplasmolysis”. Proses ini merupakan suatu kaedah di mana apabila BASAL 2000® diaplikasikan kepada rumpai atau tumbuhan yang berdaun hijau, ia menyebabkan berlakunya pergerakkan air secara “osmosis”, maka air yang terkandung didalamnya akan ditarik dan disedut keluar dari dalam sel ke bahagian luar sel. 
  • Seterusnya, sel “membrane” bagi tumbuhan tersebut akan mengecut dari dindingnya dan lama-kelamaan dengan ketiadaan air ia akan melemahkan fungsi klorofil, serta menjadikannya kekuningan serta kekeringan.
  • Bersifat “anti-green”.

2.  MEMBEKALKAN NUTRIEN / MENYUBURKAN TANAMAN
  • Ia di hasilkan dari bahan bio organik dan bukan organik yang mengandungi unsur makro iaitu organik N, P, K + EM juga  unsur-unsur mikro iaitu Ca, Zn, Bo, Cu, Fe, Mg, Mn dansebagai sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang bagi tujuan membantu menyuburkan tanaman.
3.  MEMELIHARA & MEMULIHARA  pH, STRUKTUR & TEKSTUR TANAH

  • BASAL 2000® juga mengandungi efektif mikrob dan elemen pengapuran (lime) beserta dengan Magnesium untuk membantu memperbaiki pH, struktur dan tekstur tanah, meningkatkan kesuburan tanah, menghasilkan vitamin dan tonik yang berkhasiat untuk tanaman dengan merangsang akar terutama akar rambut untuk meresap sumber galian dan pemakanan yang sesuai untuk pertumbuhan tanaman.

  • Mengaktifkan elemen fauna di dalam tanah seperti meningkatkan pengudaraan dan mengiatkan penghidupan cacing secara biologikal sehingga mewujudkan banyak tahi cacing dipermukaan tanah. 

No comments:

Post a Comment