Thursday, February 27, 2014

Dasar Teknologi Hijau Negara

Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur-unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial seperti yang digariskan oleh lima objektif pembentukan dasar ini iaitu :-


  • Untuk menyelaraskan pertumbuhan industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbangan teknologi hijau terhadap ekonomi negara;
  • Untuk membantu pertumbuhan dalam industri teknologi hijau dan meningkatkan sumbungannya kepada ekonomi negara;
  • Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam teknologi hijau di persada antarabangsa.
  • Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
  • Untuk meningkatkan pendidikan dan kesabaran awam terhadap teknologi hijau dan menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau.


Lima Langkah Bagi Menjayakan Dasar Teknologi Hijau Negara Telah Dikenal pasti iaitu :-

  • Mengukuhkan rangka kerja institusi, khusunya yang membabitkan peringkat menteri.
  • Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan teknologi hijau.
  • Menggiatkan pembangunan modal insan menerusi pemberian latihan dan program pendidikan dengan menyediakan pakej kewangan serta insentif kepada pelajar untuk mengambil subjek yang mempunyai kaitan dengan teknologi hijau.
  • Menggalakkan penyelidikan dan inovasi teknologi hijau menerusi pengkomersialan.
  • Meneruskan usaha mempromosikan dan meningkatkan kesedaran awam terhadap teknologi hijau.

Dasar Teknologi Hijau Negara ini dibentuk berasaskan kepada empat tonggak iaitu :-

  • Tenaga : Mencari ketidak bergantung tenaga dan mempromosi kecekapan tenaga
  • Alam Sekitar : Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.
  • Ekonomi : Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.
  • Sosial : Meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Pelan Tindakan Yang Diambil Oleh Kerajaan Dalam Mentransformasikan Industri Pertanian Negara

Dasar-Dasar Pertanian (DPN)

* DPN 1 (1984 - 1991)

  • Penekanan DPN 1
          -Membangunkan sektor pertanian yang berorentasikan eksport.

  • Suasana semasa :
         - Tenaga buruh mencukupi 
         - Dasar ekonomi yang bekembang 
         - Sumber tanah yang mencukupi
         - Tanaman komoditi / ladang (kelapa sawit / koko / getah)
         - Infrastruktur diberi keutamaan

* DPN 2 (1992 - 1997)
  • Penekanan DPN 2  (1992 - 1997)
        - Meningkatkan produktiviti
        - Kecekapan & persaingan 
        - Meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit (tanaman ladang)
        - Pembangunan industri asas Tani

  • Perubahan struktur (1992 - 1998)
        - Ekonomi
        - Kekurangan tenaga buruh
        - Upah meningkat 
        - Persaingan bagi sumber tanah dan air
        - Krisis ekonomi dan kewangan 
        - Inflasi

* DPN 3 (1998 - 2010)
  • Penekanan DPN 3 (1998 - 2010)
        - Meningkatkan daya saing sektor pertanian 
        - Memaksimumkan pendapatan melalui :
        - Penggunaan sumber secara optimum
        - Meningkatkan sumbangan pertanian kepada KDNK serta menambah pendapatan pengeluar.

  • DPN 3 digubal untuk menghadapi sebarang cabaran-cabaran berikut :
        - Menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta bermutu tinggi pada harga     

          yang berpatutan.
       - Mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian.
       - Memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negara.
       - Meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan.
       - Merubah sektor pekebun kecil.
       - Menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara 
       - Memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.

  • Objektif  khusus DPN 3
        - Meningkatkan sekuriti makanan 
        - Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian 
        - Merapatkan rantaian dengan sektor lain.
        - Mewujudkan sumber pertumbuhan baru.
        - Menggunakan dan memulihara sumber semulajadi secara lestari.


Dasar Kerajaan Malaysia Untuk Sektor Pertanian

Pengenalan Dasar Kerajaan Malaysia Untuk Sektor Pertanian


            Sektor pertanian menyumbang RM 18,662 juta pada tahun 2000, meningkat kepada RM 21,585 juta pada tahun 2005 dan disasarkan terus meningkat kepada RM 27,518 juta pada tahun 2010. Selaras dengan aspirasi Dasar Pertanian Negara (DPN), maka tumpuan kepada mempelbagai, memperluas dan mengintegrasi input sains dan teknologi untuk mengarah kepada sektor pengeluaran pertanian telah menjadi lebih moden, komersial dan mampan.

       
           Pendekatan ini menjadi objektif utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN 3) melalui konsep pertanian bersepadu yang berteknologi tinggi yang akan mengoptimumkan penggunaan sumber dan memaksimumkan kualiti hasil serta pengenalan mekanisasi dan pengautomatan di semua peringkat pengeluaran pertanian dilaksanakan.


           Secara spesifiknya, dasar atau objektif utama Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN 3) adalah untuk meningkatkan sekuriti makanan negara, meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor makanan, mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian dan memelihara serta menggunakan sumber-sumber asli secara mampan.